by : nursyafira
Kelihatan dari jauh anak kecil berkejar-kejaran ke arah ibubapa mereka setelah bunyi loceng tamat persekolahan berdendang kuat. Aku pula masih asyik menatap pintu gerbang berwarna hijau pucuk pisang itu. "Mama Sya!" bahuku ditepuk. Entah kemana fikiranku melayang mungkin mengimbau zaman persekolahan ku yang sungguh indah dulu. Teman, guru-guru, bahan-bahan sekolah, segalanya. "Tidak ada apa-apa sayang! Ayuh kita ada majlis malam ini," kereta hitamku terus meluncur laju ke destinasi seterusnya.
Ghuza Khaira, anak kecil yang ditinggalkan kakakku yang pergi menghadap Ilahi empat tahun yang lalu. Aku bersetuju untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga anak kecil itu walaupun aku tahu kesibukan pekerjaanku. Sebagai seorang chef terkenal di sebuah hotel terkemuka, aku seringkali meninggalkannya di rumah ibuku yang juga 'nanny'nya setiap kali aku sibuk dengan karierku.
"Diikutkan bila agaknya, Sya nak berumah tangga?" satu persoalan yang sangat aku elakkan bila berceloteh dengan orang luar akhirnya timbul di majlis pertunangan adik lelakiku. Bagai luruh jantung ini tiap kali ada yang mentafsir yang aku tidak mahu bersuami. Tapi niat itu aku humban sejauh mungkin setiap kali aku menatap satu nama indah yang diber sendiri kakakku buat anak pertamanya, Ghuza Khaira bt Amirul Asyraf Roslan.
Tiba-tiba perbualan antara aku dan teman-teman di kelas, 10 tahun yang lepas menjengah kotak fikiranku, "ingat kita semua akan kahwin hanya waktu umur kita 29 tahun!" kata-kata Fiza yang sangat aku pegang sehingga kini. Namun, Huda salah seorang daripada temanku sudah pun melewati zaman remajanya dan kini bersama lelaki pilihannya walaupun kami bertekad untuk berumah tangga sewaktu usia kami 29 tahun. Kata orang 'kalau jodoh takkan ke mana'
"Mama Sya, esok Khaira tak mau ke sekolah," aku yang sedang mengemas pakaian Ghuza Khaira, dalam kamar tidurnya tersentap dan menuju ke arahnya di katil kecilnya. "Why sayang?" hampir meldak tawaku mendengar ceritanya yang mana dia bertelingkah dengan rakan sekolahnya. Pertengkaran pelajar sekolah yang pernah aku lalui, bila diimbau pastinya aku akan tersenyum sendiri melihat wajahku sendiri di dalam cermin meja solekku. Aku menatap wajah Ghuza Khaira dan menyapu air matanya yang mengalir sewaktu dia bercerita tadi. Aku cuba untuk menenangkannya , melihat anak yang masih tidak mengenal erti perit itu menangis, sebak hatiku tidak dapat dibendung namun aku gagahi jua untuk sentiasa menyayanginya supaya dia tidak sekali merindui kasih dua orang tuanya yang meninggal akibat kemalangan jalan raya empat tahun yang lalu.
"Sya!" aku yang sibuk memilih barang dapur dipasaraya terkenal itu pantas mendongak ke arah seseorang yang memanggilku. Arif hakim, seseorang yang sangat lama aku tinggalkan 10 tahun yang lalu. Kami bertemu dalam satu perkhemahan besar anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan kini kami bertemung lagi atas dasar kebetulan. Kami berbual panjang di Restoran 'Kenny Rogers Roster', katanya dia kini sudah bergelar doktor, pakar bedah di sebuah hospital di luar negara dan dia kini sedang bercuti di tanah airnya sendiri. Lucu mendengar kata-katanya, "...sedaang bercuti di negara saya sendiri!" orang lain sibuk melawat negara luar namun orang Malaysia yang satu ini melawat negaranya sendiri. Benarlah kata orang, 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri'.
Sudah hampir dua minggu, aku dan Arif Hakim sentiasa bertanya khabar melalui telefon dan pernah juga dia menjemputku untuk makan tengahhari bersamanya. Dalam kesibukan bersamanya, aku tidak pernah sekalipun melupakan anakku, Ghuza Khaira yang ada bertanyakan tentang papanya dua hari sebelum aku bertolak ke Johor Bahru untuk mengikuti kursus perhotelan. Buat pertama kalinya, aku tidak membawanya bersamaku dalam urusan kerjaku. Hampirku batalkan niat untuk ke Johor Bahru saat aku melihat dia meraung kuat sewaktu keretaku bergerak meninggalkan perkarangan rumah ibuku.
Aku mula gusar mengingatkan pertanyaan Ghuza Khaira, "Mama Sya, bila Khaira boleh jumpa papa Khaira?" harus apa aku katakan padanya. Mampukah aku ceritakan kejadian sebenar buat anak kecil itu. MEngertikah dia tentang kematian? Kepalaku kian kusut dengan lamaran Arif Hakim yang bagiku terlalu cepat dan mengejutkan. "Aduh!" darah merah pekat mengalir laju dari jari manisku akibat terhiris mata pisau, aku terduduk dalam ruang dapur besar hotel tempatku berkhidmat, entah mengapa dinding kaca yang aku halang dari runtuh itu akhirnya retak seribu.
"Mak ikutkan saja, kalau itu yang terbaik mak relakan dan mak tak kisah kalau Sya nak serahkan Khaira pada kak long," ayat yang aku hayati dan sentiasa berlegar-legar dalam kotak fikiranku sebaik sahaja aku luahkan isi hati pada ibuku. Antara kasih buat seorang anak kecil atau kasih buat seorang teman hidup? Aku biarkan persoalan itu mencari jawapannya sendiri. Biar waktu menjawabnya.
Pusara putih yang dihiasi pohon kemboja itu aku tatap sedalamnya, bagai melihat seluruh isinya. "Kakngah, Sya tak tahu apa keputusan Sya, Sya takut untuk mungkiri janji Sya dulu. Janji untuk menyayangi anakmu itu, untuk sentiasa menemaninya. Apa patut Sya buat?" selesai mencabut rumput-rumput liar di pusara putih itu aku bergerak perlahan ke arah keretaku. Bahuku di tepuk sewaktu aku membuka pintu, lantas aku berpaling pipiku yang masih dihiasi air mata itu ditundukkan melihat wajah seseorang di depanku.
Mataku terus menatap keindahan tasik dari tangga batu bangunan 'Opera House' yang sentiasa gah berdiri disitu ia begitu membanggakan aku yang kerdil di bumi Sydney itu. Memori tiga bulan yang lepas engetuk pintu mindaku, saat jari manisku yang pernah terhiris pisau tajam itu menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian putih. Menitis juga air mataku di hadapan semua lensa kamera walaupun di tegah air mata itu untuk jatuh, sewatu aku melihat senyuman dibibir ibuku yang sentiasa berada di sampingku. Kata ibu tanganku sejuk bagai baru direndamkan di dalam ais batu. Wajah Ghuza Khaira yang duduk bersimpuh di belakangku di atas katil yang sudah dihiasi indah itu sangat menenangkan jiwaku yang gundah gulana. Seragamnya yang sedondon denganku sangat mengharukan, sedondon juga dengan pakaian teman rapatku Amalina yang sentiasa disisiku.
Sydney, satu negara yang aku benar-benar idamkan untuk melawatinya sejak zaman persekolahanku kini benar-benar aku terokai bersama seorang pakar bedah bernama Arif Hakim yang juga suamiku sewaktu umurku genap 29 tahun. Namun, dalam kegembiraan bersama kasih suami, hati kecilku masih meratapi kehilangan anakku bernama Ghuza Khaira yang menegikuti jejak langkah kedua ibubapanya seminggu sebelum aku berlepas ke negara orang putih ini.
Baju akad nikahku yang berwarna putih bermanik kecil merah jambu yang bagai disimah sirap merah itu sangat mengerikan. Darah Ghuza Khaira yang mengalir deras dilanggar kenderaan itu aku sapu bagai mahu menghentikan pengalirannya. Tiba-tiba sewaktu Arif Hakim menyambut lafaz ijab dan kabul oleh imam itu, Ghuza Khaira yang duduk disampingku menjerit dan berlari keluar tanpa memandang kereta yang lalu di jalan besar di hadapan rumah ibuku. Dengan baju akadku yang sudah bertukar warna itu aku berlari menuju ke arah kereta mewah berjenama milik Arif Hakim yang sudah menanti di selekoh untuk ke rumah sakit. Namun, Ghuza Khaira menghembuskan nafas terakhirnya dalam usianya yang baru mencecah 8 tahun di dalam kereta mewah papa barunya, dipangkuan seorang mamanya...
2 comments:
very touching.
i cry when i read it-aloy
tetap dgn arif hakimnya..hahaha
so sad lorh!!
eyh ko tak nmpk ke kte lambai2 ko kat tepi bggunan opera haouse time tu..??
Post a Comment