by:wan nurhuda

Pagi indah yang disulami angin sepoi-sepoi bahasa telah menggamit perasaanku dan fikiranku melayang jauh mengenangkan kembali tiap detik-detik yang telah dilalui dengan penuh kesabaran.Janji-janji yang disemai masih tersimpan rapi di benak fikiranku.Aku tersenyum sendiri mengingatkan kisah 10 tahun yang lalu bersama-sama rakan,kekasih,guru dan keluarga.Kesemuanya nampak indah dan mudah namun setelah meniti dewasa,baru aku mengerti erti sebuah kehidupan.

Setelah 10 tahun mengharungi liku-liku kehidupan,aku telah berjaya memperoleh kejayaan yang seterusnya yang telah membawa aku ke dunia kedoktoran.Bersyukur ke hadrat Ilahi segala pengorbanan berhasil jua akhirnya.Setelah memperoleh kejayaan dan memenuhi cita-citaku, jiwaku masih tidak berpuas hati.Jiwaku meronta-ronta mencari rakan-rakan dan kekasih dahulu yang telah banyak mengajar apa itu sebuah persahabatandan kehidupan.Aku mula menjejaki seorang demi seorang dan akhirnya aku temui mereka dalam satu majlis ringkas. Pertemuanku dengan kekasih lama mengingatkan kembali kepada janji-janji yang ditaburkan dan aku tidak menolah ke belakang dengan terus menuntut kembali janji-janjinya kepadaku.Pertemuan itu telah melahirkan bibit-bibit cinta di antara kami.Pertemuan di majlis itu juga telah mengeratkan dan menyatukan kembali persahabatan di antara aku dan rakan-rakan.

Segalanya berjalan lancar sehinggalah aku menghadapi sedikit tekanan dek kerja yang terlalu banyak dan sibuk.Aku telah banyak menghabiskan masa di hospital.Hospital itu diibaratkan rumahku untuk berteduh.Kesibukan itu telah menjejaskan hubungan aku dengan keluarga,kekasih dan rakan-rakan.Aku semakin tertekan dan cuba melakukan yang terbaik agar segalanya kembali pulih.Kerana rasa sayang dan kasih yang menebal,mereka semua hadir disisiku memberi sokongan dan pertolongan.Aku selalu pulang lewat dan kesihatanku pula tidak menentu.Bagi mengurangkan tekanan,kekasihku dan rakan-rakan sentiasa membawaku bersiar-siar dan bercuti untuk merehatkan minda yang sememangnya sentiasa kusut dek masalah kerja.

Keluargaku merupakan insan-insan yang paling hampir dengan diriku.Merekalah tempat aku mengadu,bermanja dan berlindung.Mereka sentiasa memberi sokongan yang padu untuk aku terus ceria dan tabah mengharungi kehidupan ini.Hari-hari yang suram diserikan mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama diriku.Teringat aku kepada kenangan lalu ketika usia masih belum remaja.Kami diibaratkan keluarga yang bahagia tanpa mempunyai sebarang masalah.Keluargaku kini semakin besar dan aku telah pun mempunyai ramai anak buah dan ipar-duai.Dan tibalah masanya apabila ibu mula berleter dan mempersoalkan tentang perkahwinanku.

Janji-janji yang disemai dahulu sejak di bangku sekolah ditunaikan oleh kami berdua.Kami telah melangsungkan perkahwinan yang dihadiri sanak-saudara,rakan-rakan dan orang ramai. Aku cukup bersyukur kerana jodoh itu menyebelahi kami berdua yang sememangnya pencinta yang setia.Kini aku telah menjadi isteri kepada seorang suami.Kehidupan kami berdua mulai berubah dan kami mula mendapat rentak.Aku terpaksa membahagikan masa dengan cermat agar tiada yang tersinggung.Sekali lagi perjalanan hidupku kembali bermula seperti bayi yang baru belajar bertatih.Masih terlalu awal untuk aku simpulkan kisah ini.

0 comments:

Post a Comment