semalam saya sibuk berjalan ke sana ke mari. later saya cerita pasal jalan2 tu. sekarang let me settle down with this thing first. dia cakap bila kau nak update blog? soalan yang sama menerjah oleh abgnye. haha. ala xdek cter la. biasalah. jawapan yang sangat normal akan muncul dari saya. haha. kenyataan siot.. dan sekarang saya buat sesuatu yang sekali bace macam agak silly. dan macam nak kasi pelempang kat penulis blog ni. so baca dulu ye. lempang kemudian. hehe. :D

anda mesti rasa bosan macam saya kalau hari-hari makan keropok as deserts. so ape kata kite buat something more delightful. yang akan membuat anda rasa best bin seronok gile. here we go!

bahan-bahan :
1. mangkuk. yang agak besar untuk hidangan yang besar punye. [dalam nada iklan maggie].
2. buah-buahan luar negara. red apples, green apples, grape, strawberry. saya xpernah try pulak buat bnde ni pakai rambutan, durian, cikungunya ke tapi korank try ar. then bagitau saya hasilnye. deal?
3. mayo. ia bukanlah mayo yang korank pakai makan burger tu. yang terbaek pakai lady's choice. sos salad buah-buahan. yang sangat delicious. muahhhahah... :D
4.susu cair. kalau xdek cari la kat kedai 7E banyak.
5. sudu dan pisau untuk potong buah-buahan.

cara-cara penghasilan. :
1. basuh tangan. even anda tak korek hidung sekali pun sebelum menyediakan salad ini, saya rasa better lah basuh tangan dulu. selepas basuh tangan basuh buah-buahan. penting ye!
2. cut the fruit yang anda beli itu dalam bentuk2 indah seperti bentuk heart,bentuk kucing ke, bentuk beruang kutub utara ke. xkesah la ape2 bentuk pun. asalkan anda suke.
3. selepas selesai menghabiskan tenaga memotong buah-buahan itu. sile berehat untuk seketika. tarik nafas dan kentut. hahahaha. amaran jangan lakukan ini di dapur kerana dikhuatiri salad anda terganggu structurenye. cheh! xdek kne mengne langsung.
4. letakkan sos salad buah-buahan itu kedalam mangkuk yang disediakan berserta buah-buahannye sekali.letakkan sedikit susu cair tadi as kuah saje je. jangan letak satu tin susu tu kalau x korank akan buat bubur bukan salad. kacau segalanya yang ada dalam mangkuk itu menggunakan sudu. awas! penggunaan tangan sebagai alat menggantikan sudu adalah tidak digalakkan. jangan!
5. letak kan dalam fridge. dan biarkan untuk 15 minit atau 20 minit terus senang. then makan setelah ia sejuk dan ketika anda lapar dan teringin kan sesuatu yang manis.
6. ucapkan alhamdulillah dan baca doa selepas makan. plus. basuh mangkuk dan sudu yang anda gune ketika makan salad buah tadi.

simple gler buat benda ni. orang pemalas pun akan jadi sangat rajin untuk buat benda ni. so try la. sekian. recipe seterusnya. next post la. :D