by:fiza(zaza)
Seperti kebiasaannya,aku dan keluarga pasti akan berkumpul menonton televisyen bersama selepas makan malam.Sedang kami leka melayan perasaan masing-masing,tiba-tiba ayah menceritakan sejarah namaku.Pada mulanya,ayah bercadang untuk meletakkan namaku Farhana Awliya sama seperti kakakku yang bernama Farhana.Tapi, ayah menukar fikiran setelah bertembung dengan seorang doktor bernama Norfiza.Ayah berhasrat untuk melihat aku menjadi seorang doktor yang berdedikasi dalam pekerjaan seperti wanita itu.
"Doktor Fiza!"laungan jururawat itu mematahkan kenanganku."Pesakit di wad 125 sedang kritikal sekarang."Aku bergegas mengikuti jururawat Lina ke wad yang dimaksudkan.Inilah kerja harianku,seorang doktor yang sedang bertugas di Hospital Pakar Seremban.Akhirnya aku dapat melaksanakan impian ibu dan ayah.Segala penat lelah mereka membesarkan aku akhirnya dapat dibalas.Setelah sepuluh tahun,mereka dapat merasai kesenangan yang mampu aku berikan kepada mereka.
Tepat jam 5.40 petang,aku bersiap untuk mengambil Syasya di sekolah.Setelah 3 tahun berkahwin,aku mempunyai seorang anak yang comel.Ibu dan ayah tinggal bersamaku.Saat-saat indah inginku habiskan bersama kedua ibu bapaku.Namun sebagai seorang doktor,masa untukku bertugas merawat orang yang memerlukan sangat tidak menentu.Khidmat aku diperlukan tidak kira masa.Namun aku bernasib baik kerana mempunyai seorang suami yang sangat memahami.
Sebagai seorang anak,aku tidak pernah melupakan tanggungjawab aku terhadap mereka.Walaupun di usia ini mereka masih dalam keadaan sihat,namun aku tidak pernah lupa untuk mencurahkan kasih sayang aku tehadap mereka.Setiap kali aku ada kelapangan,pasti aku gunakan masa itu dengan sebaiknya bersama mereka.Memandangkan suamiku sudah tiada ibu bapa,kepada orang tuakulah tempatnya mencurahkan kasih sayang seorang anak.
"Puan,ini ada beberapa surat yang dihantar posmen semalam."ucap orang gajiku,Suriati seraya meletakkan beberapa keping sampul surat di meja makanku.Itulah rutin seharianku. Sebelum aku berangkat ke tempat kerja,aku akan meneliti setiap surat yang kuterima.Sampul surat yang berwarna putih bertulisan hijau menarik minatku.Tulisan bertaip "Lembaga Tabung Haji Malaysia"menguatkan lagi keinginanku untuk mengorek isi yang terkandung di dalam surat itu.Setiap inci surat kuteliti betul-betul.Alhamdulillah,aku dan keluarga akan berangkat ke Tanah Suci penghujung tahun ini.Akhirnya,impian aku untuk membawa ibu bapaku menunaikan ibadah haji tercapai.Aku masih ingat lagi,salah satu impian yang aku tampal di dinding bilikku sepuluh tahun yang lalu kini telah menjadi kenyataan."Ahh,tidak sabar rasanya untuk menunggu saat itu."getus hatiku.Kepuasan terserlah di raut wajahku sebaik menerima berita ini.
Hampir dua bulan menunggu,saat yang paling dinanti hadir jua.Sebulan yang lalu,kami sibuk mengikuti kursus,namun hari ini aku dan keluargaku akan berangkat ke Tanah Suci.Kakak dan adik-beradik yang lain menghantar kami sehingga ke lapangan terbang.Sebagai adik dan kakak, mereka amat berbangga dengan kejayaan aku.Namun,jauh di sudut hatiku,mereka jugalah yang menjadi pendorong aku sehingga aku berjaya seperti ini.
Dalam kesabaran menanti perjalanan yang kurasakan begitu bermakna ini,sempat ku tatap wajah ibu yang berada di sebelahku.Dalam hatiku,aku betul-betul menyayangi dan menghargai pengorbanan mereka dalam mendidik aku dan adik-beradik yang lain."Terima kasih ayah,ibu" bisikku sendiri.Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak,tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.Kata-kata itulah yang menguatkan lagi hubungan antara aku dengan orang tuaku.Namun,apa yang lebih aku syukuri ialah kasih sayang yang tidak pernah putus daripada anak-anak yang lain.Kami pasti akan bergilir menjaga mak dan ayah.
Pernah suatu ketika,aku dan kakakku bertikam lidah untuk menjaga ibu dan ayah.Katanya,dia masih mahu melanjutkan gilirannya menjaga mereka namun aku juga tetap berdegil untuk membawa mereka ke rumah aku.Bila dikenang kembali,ia membuatkan aku tergelak sendiri.Walaubagaimanapun,dalam kegembiraan itu,aku sedih melihat anak-anak lain yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.Tergamaknya mereka memperlakukan seperti itu.Satu saja harapan aku,semoga anak-anakku tidak melakukan perkara itu terhadapku seandainya umurku masih panjang.Amin.
0 comments:
Post a Comment